5 TEORI SNE - MENGEMUDIKAN ANDA KE ARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT DAN BERJAYA.
1. TEORI SITOLOGI (TEORI SEL).
- Protein : asid amino perlu
- Gula : glukosa
- Asid lemak : asid oleik, asid linoleik
- Vitamin : A, B, C, D, E, K
- Mineral : kalium, natrium, kalsium, magnesium, ferum, iodin, kuprum, zink.
- Air.
Masaalah ketidakseimbangan fungsi:
- Penuan fungsi organ dan cepat mati.
- Kurang bertenaga, lembab berfikir.
- Sel membran tidak sihat hormon tidak seimbang.
- Metabolisme lembab dan malnutrisi.
2. TEORI GENETIK.
Gen diwarisikan kepada kepada generasi seterusnya melalui sel pembiakan dan setiap sel di generasi seterusnya mengandungi isyarat gen ini. Tidak diragui lagi, gen memiliki mesej keturunan yang mesti dibawa oleh kromosom. Terdapat berbagai gen pada kromosom melalui nukleus sel (inti sel) pembiakan yang dapat direplikasi secara langsung. Selepas proses transkripsi dan translasi ia mengawal sintesis protein, dimana DNA menggunakan elemen yang terdapat dalam sel untuk membantunya mereplikasi DNA, maka genetik pewarisan terbentuk.
Oleh itu, gen akan diubah sekiranya terdapat perubahan dalam elemen asas sel tadi.
Nuterian perlu :
- Protein
- Asid nukleik
Masaalah ketidakseimbangan fungsi :
- Penyakit-penyakit warisan, Diabetes mellitus, Hipertensi, Penyakit jantung, Barah dan sebagainya.
3. TEORI IMUNOLOGI.
Keimunan meujuk kepada kemampuan untuk mementang penyakit yang di hasilkan dalam proses pertarungan antara antibodi dan faktor patagenik. Kemampuan ini di kaitkan dengan limfosit. Limfosit B yang terbit daripada sumsum tulang akan menagkis serangan bahan-bahan toksik. Sel T dan makrofaj yang terbabit daripada timus bertanggungjawab untuk memerangi bakteria dan virus.
Kini, telah dibuktikan bahawa penuaan tubuh manusia adalah di sebabkan penyusutan sel T dan makrofaj akibat atrofi timus. Maka, kemerosotan imuniti mengakibatkan ketidakmampuan untuk menahan daya keimunan.
Nutien perlu :
- Protein : asid amino perlu.
- Mikopolisakarida.
Masaalah ketidakseimbangan fungsi :
- Kurang daya tahan (kerentanan) terhadap jangkitan bakteria dan virus.
- Gangguan sistem imun
- Boleh menyebabkan Reumatoid Artriris, Lupus Eritematosus Sistemik (SLE), Hepatitis B dan sebagainya.
4. TEORI RADIKAL BEBAS.
Terdapat 2 jenis radikal bebas : Radikal bebas oksigen dan Radikal bebas peroksida. Metabolisme ion oksigen yang berterusan oleh sel tubuh manusia menghasilkan radikal bebas. Jumlah radikal bebas yang dihasilkan bertambah dengan peningkatan usia. Radikal bebas merosakkan DNA dan makromolekul-makromolekul yang lain, justru mengakibatkan perubahan degeneratif kepada organ-organ manusia. Kerosakan serius pada sel organ akan menyebabkan penuaan dan kematian.
Radikal bebas sangat aktif dalam tubuh manusia dan bertindakbalas dengan asid nukleik, lipoprotein, asid amino, glukosa dan lipid sambil bersebati dengan molekul-molekul ini. Ia akan merosakkan lipoprotein dalam setiap sel dan menyebabkan kegagalan kefungsian sel.
Telah terbukti secara perubatan bahawa radikal bebas merupakan faktor utama yang menggalakkan degenerasi penuaan dan kematian manusia.
Maka, penyingkiran radikal bebas lebihan adalah penting demi mencapai kesihatan yang optimum.
Nutrien perlu:
- Antioksidan : Vitamin A, C, E, Superoksida Dismutase (SOD), Kompleks Oligamerik Prosianidolik (OPC).
Masaalah ketidakseimbangan fungsi:
- Radikal bebas memusnahkan sel normal dalam tubuh, menyebabkan nekrosis (kematian sel).
- Masalah kesihatan seperti : Penuaan Kulit, Arteriosklerosis, Barah, Diabetes Mellitus.
5. TEORI ENDOKRINOLOGI.
Endokrin merujuk kepada rembesan sel endokrin yang dibebaskan secara langsung ke dalam darah, dan diangkut ke sel dan organ sasarannya melalui perederan darah.
Set minda dan semangat yang ceria akan meningkatkan perembesan hormon dalam tubuh, justeru meningkatkan daya ketahanan tubuh. Ini kerana keadaan mental dan psikologi seseorang individu mempengaruhi keadaan otaknya. Set minda yang positif dapat mengekalkan kesihatan sistem saraf pusat, meningkatkan daya penghadaman, peresapan, perembesan dan perkumuhan, serta mencergaskan metabolisme, justeru menangguhkan proses penuaan. Sebaliknya, gangguan endokrin akan menyebabkan set minda ekstrem dengan tekanan yang melampau, mudah naik angin, kemurungan, panas baran, hilang keyakinan diri, kesedihan, meradang, dan sebagainya. Kesemua ini menyebabkan kita dilanda penuaan dan penyakit.
Maka, set minda yang positif dan tahap endokrin yang normal adalah faktor-faktor penting demi mencapai umur yang panjang dan kesihatan yang optimum.
Nutrien perlu:
- Asid lemak: asid oleik, asid lomeik, asid arakidonik dan sebagainya.
Masaalah keseimbangan fungsi:
- Gangguan endokrin dan rembesan hormon yang tidak mencukupi.
- Susuk tubuh yang kecil, tumbesaran fizikal yang terbantut.
- Hipotiroidisme/hipertiroidisme.
- Gangguan haid dan sistem pembiakan, penuaan (wanita).
- Kemorosotan fungsi seks (lelaki).
0 comments:
Post a Comment